Sunday, 28 June 2015

menu berbuka 12 ramadhan

menu berbuka akok kedut, singgang daging, ikan blis goreng, aym bakar. salam 12 ramadhan

akok n snggang bekalan dari kg sedapnyoooo nyakut molekk


jemput tengok

Monday, 22 June 2015

tok wan meninggal 23062015 bersama 6 ramadhan

takdir Allah tiada siapa yg dpt menduga setelah hmpir 14 thn wan sakit maka pd tggal 6 ramadhan Allah telah menjemput kembali ke rahmatullah

ikutkan pd 2 ramadhan ak n sepupu aizah dh blik ke png. perjalalan ph jumaat tu dr rompin ke alor gajah ke senawang ke png. alhamdulillah semuanya ok sepnjang prjalanan, kami smpi dkt waktu berbuka. rmai jg yg berada kt sna. lps berbuka aku pn trus msk bilik tok wan. yaAllah sebak hati melihat keadaan wan yg kurus kering kuning n sgt x larat. ak trus menangis kt situ sebnarnya aku dh setahun ak x blik png tp kali ni ak dpt tau wan sakit ak trus bertekad nk blik mgkin inilah gerak hati yg Allah tutunkan kt aku supaya dpt kmi jmpa wan kali terakhir sblm ak cuma dpt lihat jasad dia yg kaku shj.. 
masa ni aku sempat picit urut dia lap muka dia bsuh berak dia dgn mak sedra first tile kot ak bsuh berak org tua alhamdulilah dpt jgk berbakti walau sedikit. ahad tu ak bertolak blik ke rompin dgn perasaan lega sbb tngok wan dh stabil blik.

isnin ak dpt perkhabaran wan tenat lg xtau nk cko mcm ne tenat sbb ak jmpa smua nmpk ok tp mak ak trp nk blik mlm tu dgn adk ak. abah aku blik selasa dgn kereta. jd kami just tngu updta je la keadaan die. mak ak smpi pg selasa mak ak ckp keadaan wan penat tarik nafas susah n kuat tersedu. emmm ak xtau nk describe thp tenat diz tu may b benda ni sekejap je n stabil balik. xpe la ak kt kolej ni smpat baca yasin time zohor utk disedekahkan kt die.  ptg tu blik keje ak kol mak al lg die ckp penat n separa sedar. abah aku smpi dkt kul 6 mlm.

kul 7.35 mlm wan ak sidahkan meninggal syukur mak n abah sempat jmap n dpt tngok sendri salaratulmaut yg menjemput tu
Tok baca yasin tepi wan.. Terharu



Suasana dpn rumah tokwan

Thursday, 18 June 2015

ahlan wa sahlan ya ramadhan

alhamdulillah berkesempatan masuk ke bulan ramadhan yang mulia ini,,, syukur ini merupakan ramdhan ke 3 aku selepas operate haritu,,, semoga masih diberi kesempatan dan keizinan,,

perasaan kali ni sukar digambar, dengan bizi kerja, komitmen dan tumpuan menyambut puasa seakan-akan terlupa sekejap,,, maka aku mengambil inisiatif untuk slow down kerja and mula muhasabah diri,, tapi mampukah dengan pengambilan student dah semakin hampir, siapkan markah final exam pelajar, mulakan frp baru untuk sesi julai 2015, nak siapkan buku korporat, dll kerja sampingan lain,, tapi alhamdulillah berkat waktu dhuha dan solat dhuha, syukur dimurahkan rezeki kelapangan waktu dan masa,, ikutkan dah tak terkejar, tapi time management is important.. masa disusun cantik jer,,, semua kerja dapat disiapkan ontime,, walaupun masih on going kerja kena buat..

pagi tadi bangu kul 5.15 pg, malas nak makan nasi,, entahla selera tak de plak,, aku pun ambil kurma 2 biji dan susu fresh milk 2 tegukk, yang lain aku minum air masak je,, alhamdulillah dari segi keroncong perut tu tak rasa sangat tapi ngantuk tu, tuhan je tau,,, ngantukkkkk,,, rasa rehat ni nak blik tidur je,, tp nk berblog plak,,, huhu

jadi disini aku cuba senaraikan beberapa azam untuk ramadhan ni,, insyaALLAH akan cuba dilakukan sebaik mungking
i. mengaji al-quran- sekurang-kurangnya selepas solat
ii. bersedekah - orang miskin, kawan, masjid dll
iii. berterawih tanpa tinggal - samaada sendiri atau ke masjid
iv. berbuat baik dengan semua orang - tolong orang yang minta tolong
v. memudahkan kerja orang - cuba jadi pekerja yang baik
vi, masak sendiri. ni untuk saving maklumlah raya perlukan fulussss - masak dengan hosmate


SALAM 1 RAMADHAN (18062015)

RAMADHAN KAREEM kawan2 sekelian..

memandangkan puasa setahun sekali, moh kita semak or ulangkaji bab2 puasa ni,, jommm



Niat Puasa -

"Sahaja aku berpuasa,
 pada esok hari
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan
 pada tahun ini
 kerana Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa :-

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu


# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..
Insyallah..

Monday, 8 June 2015

Kelas semester Mac 2015

start dari mac - jun 2015, 4 bulan dh berlalu,,, maka sem ni pn dh nk tamat.,, next week dh final exam,, maka cepatnyer masa berlalu,, i miss that moment la,, huhu
sem ni ajar sains SKR3, SPU3, SPE 2
kemahiran insaniah SPU1
sains MP 

total student 75 orang
skr 3- 20 orang

MP- 15 orang